Thursday, March 22, 2018

Tips Memilih Sunblock Yang Terbaik Untuk Muka | farahnothman

Ada antara kita yang masih tak tahu macam mana caranya nak pilih sunblock. Jadi, Farah nak share dengan korang TIPS MEMILIH SUNBLOCK YANG TERBAIK UNTUK MUKA.

TIPS MEMILIH SUNBLOCK YANG TERBAIK UNTUK MUKA | farahnothman

Kulit yang sering terdedah kepada sinar UV (matahari) berkemungkinan besar untuk dapat macam-macam masalah kulit seperti kulit muka berjerawat, berjeragat, dan lebih teruk lagi kanser kulit. Pemakaian pelindung matahari (sunblock) adalah sangat penting untuk melindungi kulit daripada terkena sinaran UV secara terus.

Korang mesti tertanya-tanya apa beza SPF15, SPF30, SPF50 semua ni kan? Ok, SPF ni nama panjang dia Sun Protection Factor. Berapa tinggi nilai SPF yang kita perlukan bergantung kepada kulit dan aktiviti kita seharian.

Misal kata korang lebih banyak duduk dalam bangunan dan tak terdedah kepada matahari lebih daripada 4jam, SPF15 sudah cukup. SPF30 sesuai untuk korang yang bekerja di bawah terik matahari dan SPF50 sesuai untuk korang yang berkulit putih kerana kulit putih lebih nipis berbanding kulit gelap.

Dah tau nak pilih sunblock dengan nilai SPF berapa yang sesuai untuk kulit korang? Ok, kita tengok pula selain SPF, apa yang perlu ada.

Dalam pemilihan sunblock, kita bukan saja tengok pada nilai SPF tetapi kita juga perlu tengok jika sunblock yang kita bakal beli tu ada pelindungan daripada sinar UVA/UVB. Apa tu sinar UVA & UVB ni?

TIPS MEMILIH SUNBLOCK YANG TERBAIK UNTUK MUKA | farahnothman

UVA boleh menembusi sehingga ke lapisan dalam kulit di mana ia akan menjadikan kulit kita nampak kusam dan tak bermaya. Selain itu, UVA juga punca kepada wujudnya tanda-tanda penuaan pada muka. Sinar UVB pula hanya terkena pada lapisan luar kulit yang menjadikan kulit kita berbelang atau terbakar (sunburn).

Dah jelas macam mana nak memilih sunblock yang terbaik untuk muka? Farah harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk pilih sunblock yang terbaik. Pemakaian sunblock bukan saja untuk wanita ya, tetapi ia juga untuk lelaki.


Facebook: Farah N Othman
Facebook Page: Farah N Othman
Whatsapp: 017-2802380

0 orang.berbicara: